Tuesday, June 1, 2010

PANDUAN MENGIRIM BARANG KE INDONESIA

PANDUAN MENGIRIM PAKET KE INDONESIA
1. Masukkan barang-barang anda ke dalam Kotak sesuai dengan dengan Ukuran/saiz yang telah disediakan.
2. Tidak memasukkan barang-barang yang terlarang oleh undang-undang Kerajaan Diraja Malaysia dan Pemerintah Republik Indonesia. Pengirim / penerima bertanggung jawab atas isi barang-barang yang dikirimkan.
3. Tidak memasukkan barang seperti wang, perhiasan emas, barang berharga dan handphone. Kehilangan barang-barang seperti tersebut di atas bukan tanggungan AKINDA ENTERPRISE.
4. Bungkus dengan kemas, rapid an aman terutama barang-barang yang mudah pecah dan rosak. Kerosakan di dalam kotak ditanggung oleh Pengirim/penerima.
5. Tulis alamat selengkap-lengkapnya di atas kotak agar mudah dicari oleh petugas kami di Indonesia. Nombor rumah, RT/RW, Kampung, Dusun, Desa, kelurahan, Kecamatan, Kabupaten, Propinsi dan jika perlu nama panggilan yang biasa dikenali oleh orang-orang sekitar. Nombor telepon yang masih aktif dan mudah dihubungi perlu disertakan dan lebih baik jika ada dua nombor agar memudahkan para petugas penghantar.
6. Keterlambatan kedatangan barang yang disebabkan keadaan ketika pengurusan pihak kapal dan pihak kastam atau keadaan cuaca di lautan bebas merupakan keadaan yang tidak disengajakan oleh pihak AKINDA ENTERPRISE.
7. Kehilangan keseluruhan barang adalah tanggung jawab AKINDA ENTERPRISE. Penggantian berupa wang tidak melebihi US $100.00 (seratus dolar Amerika) atau 150 % (seratus lima puluh peratus) dari wang yang dibayarkan kepada kami bergantung kepada besar kecilnya kotak barang.
8. Barang-barang yang hendak dikirim merupakan barang-barang pribadi atau barang-barang pindahan. Adapun barang-barang mewah ataupun barang komersial, ditanggung biaya cukainya oleh pihak pengirim atau pihak penerima. Oleh itu barang akan dihantar ke alamat tujuan setelah pembayaran wang cukai dilaksanakan. Besar kecilnya jumlah cukai ditentukan oleh pihak berkuasa beacukai Pemerintah Republik Indonesia.
9. Barang diperkirakan akan tiba di alamat tujuan lebih kurang satu bulan dari tarikh berangkatnya kapal. Kecuali untuk daerah selain Pulau Jawa dan Madura, diperlukan waktu lebih lama dari sebulan.
10. Untuk sementara AKINDA ENTERPRISE menjadwalkan pemberangkatan kapal sekali setiap dua minggu.
11. Anda boleh menanyakan kedudukan barang anda dengan memberitahukan nombor kotak yang tertulis di atas inbois sebelah kanan atas.

Friday, May 7, 2010

APA SAHAJA BARANG YANG BOLEH DIKIRIMKAN

Apa sahaja barang yang merupakan barang peribadi dan tidak bersifat komersial. Dari Brunei barang yang dilarang termasuk barang yang bersubsidi seperti beras, minyak dan barang-barang pokok lainnya.
Adapun barang berharga seperti hp, uang, emas dan barang-barang perhiasan adalah barang yang rawan hilang. Sebaiknya tidak disertakan di dalam barang pengiriman karena AKINDA tidak bertanggungjawab atas kehilangannya.
Selain itu barang-barang terlarang seperti bahan peledak, bahan yang berbahaya dan tentunya barang yang tidak jelas siapa pemiliknya.

WAJAH-WAJAH CERIA DARI TANAH AIR




AWAS ! AWAS ! BARANG PECAH MESTI DILETAK DI ATAS !

SEBAHAGIAN BARANG AMANAH YANG MENUNGGU GILIRAN DINAIKKAN KE KONTENA

BARANG-BARANG AMANAH PELANGGAN YANG HARUS DINAIKKAN KE KONTENA DENGAN HATI-HATI

Thursday, May 6, 2010

SEMOGA SI KECIL DAPAT BERJAYA SEPERTI SAUDARA-SAUDARANYA YANG DI LUAR NEGERI

ALANGKAH BAIKNYA KAU MASIH MENGINGATI KAMI DI TANAH AIR

TERIMAKASIH, SEMOGA ALLAH MEMBALAS KEBAIKAN

SENYUMAN GEMBIRA MELAMBANGKAN RASA SYUKUR

ALHAMDULILLAH KIRIMAN DARI BRUNEI TELAH TIBA

WAJAH BERSERI MENERIMA KIRIMAN DARI BRUNEI

SEBAGIAN BARANG-BARANG DALAM KONTENA 6

KONTENA KE 6 DAN GUDANG AKINDA

KONTENA KE 6 SIAP DIBERANGKATKAN

PENGIRIMAN KONTENA KE 6

Alhamdulillah sehingga hari ini, AKINDA BRUNEI telah berjaya mengirimkan 5 buah kontena berukuran 20 feet ke Indonesia.
Insya Allah dalam minggu akan mengirimkan kontena yang ke 6 dengan ukuran yang sama. Semoga kontena ini selamat sampai ke Tanjung Priok dan isinya yang berupa barang-barang amanah dari para tenaga kita di Brunei dapat selamat sampai di rumah mereka masing-masing. amin ya Robbal alamin.

PEMBUKAAN AKINDA BRUNEI

Alhamdulillah pada bulan Juli tahun 2008, AKINDA BRUNEI telah rasmi dibuka dan memulakan pelancaran untuk Pengiriman Barang dari Negara Brunei Darussalam ke Indonesia. Semoga dengan dibukanya Agen AKINDA BRUNEI ini, masyarakat Indonesia yang telah menjadi pahlawan devisa untuk negara Indonesia dapat mengirimkan barang-barang pribadinya dengan harga yang murah, selamat, aman dan terjamin.
AKINDA BRUNEI diuruskan oleh AKINDA CARGO dengan nombor pendaftaran: P/79504/2009 yang beralamatkan di :
No: 1, Spg, 204-9-14, Kampung Sungai Akar, Jalan Subok, BC 3915, Negara Brunei Darussalam. Telp: 673-2330572, hp: 8730708.
Untuk penyerahan barang boleh terus menghubungi kami di nombor telepon di atas atau menghantarkan ke No: 3, Spg 83-4, Kg. Sg. Akar, Jalan Muara, Negara Brunei Darussalam.